30 September - 3 Oktober 2025 | Cameron Highlands
Bahagian Teknologi Maklumat telah menganjurkan Bengkel Latihan Pengguna dan Pentadbir serta Kemasukan Data Sistem Pengurusan Aset Tak Alih (G-FIXED) pada 30 September hingga 3 Oktober 2025, bertempat di Cameron Highlands, Pahang.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada pengguna serta pentadbir berkaitan tatacara penggunaan dan kemasukan data ke dalam Sistem Pengurusan Aset Tak Alih (G-FIXED). Program ini juga menjadi platform penting bagi memastikan pengurusan aset di PERDA dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, efisien dan bersepadu.
Seramai 20 orang peserta daripada Bahagian Hartanah dan Teknikal telah menghadiri bengkel ini bagi memperkukuh kefahaman dan kemahiran dalam penggunaan sistem G-FIXED.
Turut hadir ialah YBrs. Tuan Haji Anuar bin Haji Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) PERDA, yang turut memberikan galakan dan sokongan terhadap pelaksanaan inisiatif pendigitalan pengurusan aset ini.

GALERI GAMBAR