Majlis Perasmian Program Rural Apprentice Entrepreneurship PERDA (PREP) Tahun 2025

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
21 Jun 2025  |  Hotel Sunway, Pulau Pinang

PREP merupakan salah satu program yang telah direncanakan dibawah Program SPEAR yang bermula pada April hingga Disember tahun ini. Pengendalian program ini adalah melalui 2 kaedah iaitu “Hands On Learning” (latihan kemahiran asas) dan “Situated Learning” (teori/kursus/bengkel) yang akan dikendalikan oleh mentor terpilih.

Program ini meliputi 3 teras utama iaitu latihan asas kemahiran, kursus pemantapan usahawan dan pembekalan mesin / peralatan. Pelaksanaan program ini melibatkan seramai 55 orang peserta dan 7 tenaga pengajar daripada pelbagai bidang.

Antara bidang tersebut ialah Pengurusan Acara dan Majlis, Perbidanan, Reka bentuk dan Hiasan Dalaman, Terapi Urutan dan Fisio Sukan, Penjagaan Haiwan, Rekaan Fesyen SertaPenjagaan Tanaman Hiasan Melalui program ini, PERDA yakin dapat mewujudkan kumpulan usahawan setempat dan bergerak (mobile) dalam menjalankan aktiviti perniagaan.

Selain itu, pakej bantuan peralatan akan memberikan nilai tambah kepada peserta bagi memastikan perniagaan dapat dikembangkan sejajar dengan objektif PREP.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein Mydin, turut hadir YBhg. Dato' Haji Mohd Asri Baharum, Pengurus Besar PERDA, Tuan Haji Anuar Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Puan Noor Hayati Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Encik Norhafizam Sirat, Pengurus Pelaburan dan Encik Hazahari Mat Haris, Pengurus Pembangunan Ekonomi.

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.