19 Mac 2025 | Ibu Pejabat PERDA
PUSPANITA Cawangan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta agensi telah berjaya menganjurkan "Penyediaan Onde-Onde Terbanyak" bersempena Program Ramadan Festival (RAMFEST). Program ini dilaksanakan secara serentak di semua agensi KKDW secara lintas langsung (live streaming) di media sosial bagi tujuan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) dan telah memecah rekod pembuatan onde-onde sebanyak 38,200 biji gabungan keseluruhan.
Seramai 72 orang ahli PUSPANITA PERDA turut bersama-sama terlibat di dalam program ini telah berjaya menyiapkan sebanyak 2,750 biji onde-onde dan diedarkan kepada warga kerja PERDA, dan komuniti setempat.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat, ahli PUSPANITA PERDA terutamanya di atas kejayaan yang telah direkodkan!
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
GALERI GAMBAR