Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Projek Pembangunan Bercampur di Kampung Bagan Serai, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

16 Disember 2025   |   Tasek Gelugor

Sukacitanya dimaklumkan bahawa PERDA menerusi anak syarikatnya PERDA Ventures Incorporated Sdn. Bhd. (PVISB) pada hari ini telah memeterai Perjanjian Usahasama di antara JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) bagi membangunkan Projek Pembangunan Bercampur di Kampung Bagan Serai.

Objektif utama pembangunan projek yang berkeluasan 13.7364 ekar ini tertumpu kepada:
  • Penyelesaian isu penempatan semula dengan menyediakan sebanyak 117 unit rumah pangsa berkeluasan 750kp kepada penduduk asal yang terlibat; dan
  • Peningkatan sosio-ekonomi dengan membina sebanyak 495 unit komponen pembangunan lain (komersial dan kediaman) bagi menjana nilai tambah dan kesejahteraan ekonomi setempat.
Projek usahasama ini merupakan komitmen berterusan PERDA dalam merealisasikan pembangunan inklusif yang memberi manfaat langsung kepada rakyat Pulau Pinang.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.