20 Februari 2025 | Kompleks PERDA Food Park
Pada 20 Februari 2025, Khamis- Kompleks PERDA Food Park (KPFP) telah menerima lawatan daripada Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) Pulau Pinang. Lawatan tersebut diketuai oleh Leftenan Saupi bin Haron (Bersara), Pengajar Keusahawanan PERHEBAT dan Cik Nur Radziah bt Md Kamal, Penyelaras Kursus Keusahawanan PERHEBAT.
Tujuan lawatan ini ialah untuk memberi pendedahan awal kepada anggota tentera yang akan bersara tidak lama lagi mengenai bidang keusahawanan untuk diceburi kelak.
Para pelatih dibawa melawat beberapa premis usahawan yang terdapat di kawasan PERDA Food Park. Antara premis yang dilawati ialah AC Synergy Enterprise, Rayyan Global Food Industries, TS Falah Resources SDN BHD dan Now Foods SDN BHD. Para pelatih mendapat peluang untuk melihat sendiri cara pemprosesan produk-produk yang dikeluarkan oleh usahawan di PERDA Food Park.
GALERI GAMBAR