Majlis Ihya' Ramadan PERDA 2025 - Seberang Perai Utara

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
16 Mac 2025   |   Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

Masjid Jamek Ara Kuda, SPU, Pulau Pinang telah menjadi destinasi ke-2 bagi penganjuran Majlis 'Ihya Ramadan PERDA 2025.

Majlis ini diadakan di bawah Program Pembangunan Komuniti Harmoni yang bertujuan mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti setempat.

Dalam majlis tersebut, PERDA telah menyampaikan sumbangan kepada seramai 65 orang daripada kumpulan sasar. Selain itu, Tuan Mohd Hilmi bin Elias, Ahli Lembaga Pengarah PERDA, turut memberikan sumbangan peribadi kepada 100 penerima. Dengan itu, jumlah keseluruhan penerima sumbangan adalah seramai 165 orang.

PERDA juga berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan kepada Pengurusan Masjid Jamek Ara Kuda sebanyak RM 2,000.00.

Program bermula dengan rewang memasak juadah berbuka pada sebelah pagi seterusnya pada sebelah petang majlis penyerahan sumbangan kepada penerima yang disempurnakan oleh Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA. Turut hadir bersama, Tuan Haji Anuar Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan Datuk Zaidi Said.

Pihak PERDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Khariah Masjid Jamek Ara Kuda yang sudi menerima kunjungan dan menjayakan majlis kali ini.
 



AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.