Kursus Asas Pertolongan Cemas Untuk Anggota CDERT PERDA

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
26 & 27 Mei 2025  |  Butterworth

Kursus Asas Pertolongan Cemas Siri 1/2025 untuk anggota Community Disaster Emergency Response Team (CDERT) PERDA telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari pada 26 dan 27 Mei 2025.

Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 30 orang anggota CDERT PERDA dan telah dijalankan di Pejabat Pertahanan Awam Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dengan kerjasama jurulatih dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Penganjuran kursus ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta kecekapan anggota CDERT dalam melaksanakan tindakan pantas dan berkesan semasa menghadapi situasi kecemasan. Diharapkan latihan ini dapat memperkukuh peranan CDERT sebagai pasukan sokongan komuniti yang bersedia berkhidmat dalam apa jua keadaan.


AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.