28 Oktober 2025 | PERDA-TECH
Dewan Utama PERDA-TECH bergema dengan alunan merdu selawat dan nasyid sempena Pertandingan Selawat dan Nasyid 2025 yang telah dianjurkan oleh Sekretariat Bimbingan dan Kaunseling PERDA-TECH di bawah kelolaan Pembimbing Rakan Siswa (PERSIS PERDA-TECH) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP PERDA-TECH).
Program ini bukan sekadar menjadi wadah hiburan yang berunsur dakwah untuk warga PERDA-TECH, tetapi turut berperanan mengeratkan ukhuwah dalam kalangan pelajar serta memberi nilai tambah dari segi kemahiran penganjuran program kepada barisan ahli PERSIS dan MPP.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik PERDA-TECH, Encik Muhammad Azwan Bin Zakaria, yang turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Kehadiran Kumpulan Munsyid Afsheen sebagai Juri Jemputan dan persembahan khas mereka turut menyerikan lagi suasana majlis, menjadikannya satu pengalaman bermakna buat semua yang hadir.
Dalam pertandingan tersebut, Jabatan Teknologi Pembuatan berjaya dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Selawat dan Nasyid 2025, membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM800.00. Sementara itu, Jabatan Teknologi Komputer muncul sebagai Naib Johan, dengan hadiah bernilai RM600.00.
Pertandingan ini diharap dapat terus menjadi platform tahunan untuk melahirkan bakat baharu dalam seni Islamik serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga PERDA-TECH.
Pertandingan Selawat dan Nasyid 2025 Meriahkan Dewan Utama PERDA-TECH
- Hits: 59
GALERI GAMBAR

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas






























