PERDA Terima Kunjungan Hormat Maybank Berhad

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
7 Oktober 2025   |   PERDA, Kampung Gajah

PERDA telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Maybank Berhad hari ini bertempat di yang Ibu Pejabat PERDA.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua belah pihak dalam usaha mempertingkat sistem kewangan dan kemudahan pembayaran yang lebih efisien.

Pihak Maybank Berhad diwakili oleh Puan Nuryati binti Ridzwan, Assistant Vice President (AVP), Penang Transaction Banking Centre manakala PERDA diwakili oleh Tuan Haji Anuar bin Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan).

Antara perkara yang dibincangkan ialah beberapa cadangan kerjasama melibatkan pembentangan produk daripada Maybank iaitu Virtual Account.

Produk ini dijangka dapat memberikan kemudahan kepada PERDA dalam menguruskan pembayaran balik oleh penyewa-penyewa gerai, usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di bawah seliaan PERDA.

Pihak PERDA menyambut baik inisiatif ini dan melihat potensi besar dalam penggunaan teknologi perbankan digital untuk meningkatkan kecekapan operasi serta memudahkan urusan pengguna.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.