5 September 2025 | Seberang Jaya
Kontinjen PERDA telah menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Dewan Al-Ansar, Seberang Jaya dan berjaya meraih Anugerah Kontinjen Terbaik (Kategori Awam).

Selaku Kontinjen Terbaik, PERDA membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.00 berserta trofi.
Kejayaan ini merupakan hasil disiplin, semangat dan komitmen warga kerja PERDA dalam memberikan yang terbaik dalam perarakan pada tahun ini.
Kemenangan ini bukan sahaja menjadi pengiktirafan kepada warga kerja PERDA, malah menjadi simbol komitmen selaku agensi di bawah Kementerian Desa dan Wilayah dalam memperkukuh syiar Islam serta menyokong usaha membina Ummah Madani yang seimbang dari aspek rohani, sosial dan pembangunan masyarakat.
MEMBANGUN UMMAH MADANI.
MEMBANGUN UMMAH MADANI.