Lawatan kerja Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ke Pulau Pinang

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
27 Mei 2025  |   Georgetown dan Bayan Lepas

Datuk Muhd Khair Razman Mohamed Annuar, Ketua Setiausaha KKDW telah mengadakan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang. Antara destinasi beliau ialah menghadiri Bengkel Penyediaan Pelan Strategik KKDW 2026-2030 anjuran kementerian di Hotel Vouk, Georgetown.

Bengkel ini disertai peringkat pegawai daripada pelbagai bahagian, jabatan, dan agensi di bawah KKDW dengan matlamat untuk menyelaras pandangan dan sumbang-saran dalam membentuk pelan pembangunan desa yang mampan dan inklusif.

Selepas itu, di sebelah petang, beliau telah dibawa melawat ke sebuah syarikat milik usahawan bimbingan PERDA di Bayan Lepas. Syarikat Smart Rizq Education merupakan syarikat yang mengikuti Program Mentor Mentee PERDA.

Syarikat ini mengendalikan pusat Pendidikan one stop centre kepada pelajar-pelajar sekolah. Bermatlamat bersama-sama bergandingan bahu mendidik generasi muda untuk menjana kecemerlangan dan kejayaan dalam pendidikan.

Di akhir lawatan, Datuk Muhd Khair berkesempatan melihat progres Projek Pembangunan Bercampur Sungai Batu, Mukim 11 Daerah Barat Daya. Projek ini dibangunkan oleh anak syarikat PERDA iaitu PERDA Ventures Incorporated Sdn. Bhd. (PVISB).

Projek fasa 1 yang baru bermula ini akan menyediakan rumah jenis apartment di bawah skim Rumah Mampu Milik (RMM) sebanyak 2100 unit dan dijangka siap pada 2028 nanti.

Bersama-sama dengan Datuk Muhd Khair di dalam lawatan ini ialah Pengurus Besar PERDA, Dato’ Mohd Asri Baharom, Ketua Pengawai Eksekutif PVISB, Noorkhaizan Mohd Nor, dan beberapa pegawai kanan PERDA.

 
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.