Program Selenggara Elektrik Rumah Impian (SERI)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
7 - 9 Oktober 2025   |   Ulu Kinta, Perak

Bersempena Ekspo TVET@KKDW 2025, seramai 10 orang pelajar Jabatan Teknologi Elektrik PERDA-TECH telah menyertai Program Selenggara Elektrik Rumah Impian (SERI) yang dilaksanakan di Perkampungan Orang Asli Sungai Choh, Ulu Kinta, Perak.

Program ini telah berlangsung dari 7 hingga 9 Oktober 2025 dan melibatkan kerja penyelenggaraan di 10 unit rumah penduduk. Antara perkhidmatan yang dilaksanakan termasuklah kerja baik pulih lampu, kipas, soket dan papan agihan utama (DB).

Majlis Perasmian Program SERI telah diadakan pada 8 Oktober 2025, dan disempurnakan oleh Puan Roslini Akhmar, Pegawai Khas kepada ADUN Hulu Kinta, Perak. Turut hadir ialah Encik Rohaimi bin Othman, Pengarah PERDA-TECH.

PERDA-TECH merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak JAKOA atas layanan mesra dan kerjasama baik yang diberikan sepanjang pelaksanaan program tersebut.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.