14 Januari 2025 | Bertam Resort, Pulau Pinang
APA KHABAR 2025?
Perhimpunan Bulan Januari dan Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah berlangsung dengan penuh semangat.
Majlis ini menjadi platform penting untuk menyampaikan amanat strategik dan hala tuju organisasi bagi tahun mendatang, di samping memperkukuh semangat kerjasama dalam kalangan kakitangan.
Dalam ucapan yang disampaikan oleh Ybhg. Dato' Haji Mohd Asri Baharum, Pengurus Besar PERDA, semua anggota PERDA diminta agar menyoroti kepentingan integriti, daya tahan, serta keberanian untuk menghadapi cabaran baharu, sekali gus menyeru setiap warga kerja PERDA untuk meningkatkan produktiviti, memperhalusi mutu perkhidmatan, dan terus bersatu dalam mencapai matlamat organisasi.
Dengan iltizam yang teguh dan kesedaran terhadap tanggungjawab bersama, majlis ini menjadi pemangkin kepada transformasi wilayah yang lebih progresif, mampan, dan inklusif.
Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin, Pengerusi PERDA. Majlis diteruskan lagi dengan sesi Bicara Ilmu yang bertajuk “Rahsia Tersembunyi Dalam Geran Tanah Anda : Apa Yang Tidak Diberitahu Kepada Anda!” oleh Azmi & Associates Penang.
GALERI GAMBAR