Mini EXPERT @KKDW

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
2 - 4 September 2025   |    KKDW, Putrajaya

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menganjurkan Mini EXPERT @KKDW bermula pada 2 hingga 4 September 2025 bertempat di Lobi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Putrajaya.

Penganjuran program ini merupakan sebahagian daripada usaha promosi dan publisiti ke arah Expo PERDA (EXPERT) 2025 yang bakal berlangsung pada 16 hingga 19 Oktober 2025 di Midtown PERDA, Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Mini EXPERT @KKDW kali ini merupakan siri kedua penganjuran, dengan penglibatan seramai 10 usahawan bimbingan PERDA merangkumi pelbagai kluster produk termasuk makanan, penjagaan diri, kosmetik serta kesihatan.

Program ini turut mendapat suntikan istimewa dengan kehadiran YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah, Dato' Seri Ahmad Zahid bin Hamidi bersama barisan pengurusan tertinggi PERDA dan PERDA Ventures Incorporated Sdn. Bhd. (PVISB).

Melalui penganjuran siri Mini EXPERT, PERDA berhasrat memperkukuh platform promosi usahawan tempatan sekali gus meningkatkan keterlihatan produk halal dan inovasi Pulau Pinang di peringkat nasional menjelang EXPERT 2025.

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.