Pasukan Robotik PERDA Rangkul Anugerah “Rising Star Award” di Kejohanan First LEGO League Challenge 2025

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
3 - 5 Oktober 2025   |   Shah Alam

Buat julung kalinya, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menghantar satu pasukan untuk menyertai Kejohanan FIRST LEGO League Challenge 2025 yang berlangsung dari 3 hingga 5 Oktober 2025 di University of Wollongong, Shah Alam.

Penyertaan ini melibatkan 10 orang pelajar cemerlang daripada pertandingan PERDA Robotic Challenge 2024, bersama tiga orang guru merangkap mentor, yang membentuk Pasukan Robotik PERDA. Inisiatif ini merupakan projek rintis PERDA bagi memperkasakan penguasaan subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar luar bandar.

Pasukan Robotik PERDA telah berjaya merangkul Rising Star Award, daripada 62 pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut, sekali gus membuktikan potensi serta keupayaan pelajar luar bandar untuk bersaing di peringkat nasional.

Kejayaan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada usaha PERDA dalam memperluas program berasaskan STEM dan robotik di kawasan luar bandar selaras dengan agenda pendigitalan dan pembangunan modal insan negara.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.