6 - 7 September 2025 | Hotel Bahang Bay
Bengkel Pemantapan Usahawan Program Rural Apprentice Entrepreneurship PERDA (PREP) Siri 2 Tahun 2025 telah diadakan pada 6 hingga 7 September 2025 bertempat di Hotel Bahang Bay, Pulau Pinang.
Bengkel ini turut diserikan dengan kehadiran Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, YBrs. Puan Noor Hayati binti Ishak.
Bengkel Pemantapan Usahawan PREP Siri 2 bagi tahun 2025 ini melibatkan para mentee daripada tujuh (7) bidang keusahawanan iaitu Pengurusan Acara & Majlis, Penjagaan Tanaman Hiasan, Penjagaan Haiwan, Rekabentuk & Hiasan Dalaman, Perbidanan, Terapi Urutan & Fisio Sukan serta Rekaan Fesyen.
Objektif pelaksanaan Bengkel Pemantapan Usahawan PREP Siri 2 Tahun 2025 ini adalah memberi pendedahan khusus kepada mentee program ini berkaitan penilaian kekuatan dan potensi diri sebagai seorang usahawan yang dilaksanakan oleh Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) PERDA.
Bengkel ini juga turut dihadiri oleh pegawai daripada agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang memberi taklimat berkaitan tatacara dan peluang perniagaan yang berkaitan dengan peserta program ini.