24 - 25 Februari 2025 | Ibu Pejabat PERDA
Pada 24 dan 25 Februari 2025, pasukan audit daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah melakukan pengauditan pematuhan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 di PERDA bagi semua skop yang dipersijilkan di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).
Hasil daripada pengauditan tersebut, pasukan audit amat berpuas hati dengan standard kualiti yang dilaksanakan dan telah mengesyorkan agar persijilan PERDA diteruskan.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja PERDA atas usaha, komitmen, dan dedikasi yang telah ditunjukkan dalam memastikan pencapaian ini kekal. Semoga kejayaan ini juga terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan organisasi untuk memperkukuhkan tekad dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Foto : Aswadi AB
Foto : Aswadi AB
GALERI GAMBAR