Lawatan Ukhwah Rakyat Ke DESAMALL@PERDA dan Kompleks PERDA Food Park

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
24 & 25 Mei 2025  |  Permatang Buloh, Kepala Batas

PERDA telah menerima kunjungan daripada pihak luar yang diuruskan oleh agensi RR Qharisma dengan kerjasama Koperasi PERDA Pulau Pinang Berhad (KoPERDA) untuk melaksanakan Lawatan Ukhwah Rakyat ke Desamall@PERDA dan Kompleks PERDA Food Park yang diadakan 24 hingga 25 Mei 2025.

Delegasi rombongan orang awam yang dianggarkan berjumlah 330 orang ini adalah bertujuan memberi informasi, pendedahan dan melihat secara terus penyediaan produk keluaran usahawan bimbingan PERDA di IKS milik PERDA serta dapat membeli produk-produk usahawan ini dengan harga yang berpatutan.

Pihak PERDA amat mengalu-alukan lawatan dan rombongan daripada pihak luar untuk ke Desamall@PERDA di Permatang Buloh, Kepala Batas dan Kompleks PERDA Food Park, Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.