16 April 2025 | Bangunan ICT, PERDA-TECH
Seramai 100 orang peserta berkampung di Dewan PERDA Sungai Rusa atau kini dikenali sebagai Demas@Sungai Rusa bagi mengikuti Program Motivasi Komuniti Madani: Bangkit Cemerlang, Masa Depan Gemilang.
Program ini menfokuskan kepada pembentukan jati diri dan sahsiah dalam diri para peserta untuk mengharungi cabaran kehidupan yang semakin mencabar.
Rata-rata peserta yang hadir memperoleh impak yang positif dalam diri masing-masing untuk menjadi seorang insan yang lebih berdaya saing dan berakhlak.
Program ini akan diteruskan lagi pada minggu seterusnya dengan menampilkan penceramah yang berkaliber iaitu Encik Abu Bakar bin Shafie.
GALERI GAMBAR