23 Disember 2025 | Ibu Pejabat PERDA
Perhimpunan Bulanan PERDA bagi bulan Disember 2025 telah berlangsung hari ini dengan penglibatan seramai 150 orang warga kerja PERDA.
Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA, YBrs. Tuan Haji Anuar bin Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), serta YBrs. Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan).
Majlis dimulakan dengan penayangan video belasungkawa bagi mengenang pemergian Allahyarham Faizal bin Rosli, kakitangan PERDA yang telah kembali ke rahmatullah.
Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato’ Haji Asri bin Baharum turut menekankan beberapa perkara penting, antaranya pelaksanaan sistem MyPerformance, pemantapan aspek integriti, serta pematuhan terhadap tatacara kewangan terkini.
Perhimpunan tersebut turut diserikan dengan penganjuran Kuiz Integriti yang dikendalikan oleh Unit Integriti.
Selain itu, sesi penyampaian Anugerah Staf Ikon kepada kakitangan PERDA yang telah menunjukkan contoh teladan dan prestasi cemerlang sepanjang tahun ini turut diadakan.
Perhimpunan Bulanan Bulan Disember
- Hits: 121
GALERI GAMBAR

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)