Majlis Penyerahan Kenderaan Dan Peralatan Pertanian kepada Koperasi Kelompok Permatang Ara Pulau Pinang

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
25 Januari 2025   |   Perkarangan Surau Permatang Ara, Pulau Pinang

Majlis ini merupakan satu apresiasi kerajaan khususnya pihak Kementerian Kemajuan Desa & Wilayah (KKDW) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) kepada pihak koperasi di atas kejayaan dalam permohonan projek peningkatan ekonomi di bawah Program Desa Lestari KKDW dengan jumlah keseluruhan peruntukan yang diluluskan adalah sebanyak RM750,000.00.
 
Antara kenderaan dan peralatan yang diserah pada majlis tersebut melibatkan traktor sawah padi, lori, mesin padi mini dan dron pertanian. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Senator Tuan Amir bin Md Ghazali, Ahli Dewan Negara.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA, Tuan Mohd Hilmi bin Elias, Ahli Lembaga Pengarah PERDA, Encik Mohd Muhaimin Bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang, Penyelaras KADUN Penanti, Wakil Penyelaras KADUN Permatang Pasir, Pegawai Bahagian EK KKDW, Pegawai SKM Negeri Pulau Pinang serta para Pegawai Agensi dan Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.