Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang telah berlangsung pada 8 Ogos 2025 bertempat di PERDA Sport and Space Arena (PESSA), Permatang Rotan, Permatang Pauh.
Majlis penuh bermakna ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Wira Ir. Dr. Shaik Hussein bin Mydin, Pengerusi PERDA, yang turut diiringi oleh YBhg. Dato' Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA, Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) serta Tuan Haji Anuar bin Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan).
Antara pengisian utama majlis adalah gimik penyerahan Jalur Gemilang daripada Pengerusi kepada Pengurus Besar sebagai simbolik pelancaran rasmi bulan kemerdekaan. Majlis turut menyaksikan pemasangan pelekat Jalur Gemilang pada kenderaan jabatan, sebagai tanda sokongan dan semangat patriotik warga PERDA.
Dalam ucapan beliau, YBhg. Datuk Wira menekankan kepentingan menghayati erti sebenar kemerdekaan, serta menyeru semua kakitangan untuk terus menghargai dan menyambung perjuangan kemerdekaan yang telah diwariskan oleh para pejuang terdahulu. Bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme, pelbagai program dan aktiviti telah dirancang sepanjang bulan kemerdekaan ini sebagai usaha menyuburkan rasa cinta kepada negara dalam kalangan warga kerja PERDA.
GALERI GAMBAR