28 – 30 April 2025 | The Jerai Hotel, Sungai Petani
Seramai 36 orang usahawan telah dipilih bagi menyertai Kursus Kecekapan Kewangan Dalam Dunia Bisnes yang diadakan di The Jerai Hotel, Sungai Petani anjuran Bahagian Pembangunan Ekonomi, PERDA.
Objektif kursus adalah untuk memberi kefahaman asas kewangan perniagaan supaya usahawan dapat memastikan syarikat mempunyai dana yang mencukupi untuk menjalankan perniagaan dan meningkatkan kemahiran pengurusan aliran tunai serta kemahiran untuk menguruskan risiko kewangan dalam perniagaan.
Kursus ini merupakan salah satu program latihan keusahawanan di bawah Business Transformation Training (B2T) dan majlis penutupan program kursus ini disempurnakan oleh Encik Mohamad Hazahari bin Md Haris, Pengurus Bahagian Pembangunan Ekonomi PERDA.
#perda #merealisasikanharapanrakyat #mediaperda #KKDW #luarbandarsejahtera #programperda #perdabantu #usahawanperda #projekperda
#perda #merealisasikanharapanrakyat #mediaperda #KKDW #luarbandarsejahtera #programperda #perdabantu #usahawanperda #projekperda
GALERI GAMBAR