18 Mac 2025 | Nibong Tebal
Majlis Berbuka Puasa 2025 Anjuran Bersama Bahang Bay Hotel dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang bertempat di Bahang Bay Hotel dengan di hadiri oleh 300 orang tetamu jemputan.
Majlis di adakan bagi tujuan meraikan golongan kurang bernasib baik di kalangan anak-anak yatim dan warga emas di samping memupuk hubungan siratulrahim dan ukhuwah antara Bahang Bay Hotel, PERDA dan golongan masyarakat.
Majlis turut di hadiri oleh Pengurus Besar PERDA, Dato’ Haji Mohd. Asri Bin Baharum yang telah sudi menghulurkan sumbangan berjumlah RM5,000.00 kepada 100 orang penerima bagi meringankan beban kewangan kepada mereka yang kurang berkemampuan sebagai persediaan menyambut hari lebaran di samping pemberian bakul makanan dari pihak Bahang Bay Hotel.
Turut hadir Tuan Haji Anuar Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan Encik Afhainizam, Pengurus Hartanah dan Teknikal.
Menjelang Ramadan, semangat keprihatinan dan kebaikan harus ditingkatkan, termasuk dalam memberi perhatian kepada anak-anak yatim.
Ramadan adalah bulan penuh keberkatan, di mana umat Islam digalakkan untuk memperbanyak amal baik, termasuk membantu mereka yang memerlukan, khususnya anak-anak yatim.
GALERI GAMBAR