Penyertaan Kontinjen PERDA dalam Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang 2025

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
31 Ogos 2025   |    Stadium Batu Kawan

Pada 31 Ogos 2025, Kontinjen PERDA telah menyertai Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Stadium Negeri Batu Kawan.

Penyertaan ini mencerminkan semangat patriotisme dan iltizam warga PERDA dalam menghayati makna kemerdekaan, selari dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, “Malaysia MADANI : Rakyat Disantuni.”

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh anggota kontinjen atas komitmen dan persembahan cemerlang yang dipamerkan sepanjang perarakan.

Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada Kontinjen PERDA-TECH yang telah berjaya meraih gelaran Naib Johan bagi Kategori Institut Pengajian Tinggi.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar pencapaian yang lebih gemilang pada masa akan datang.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.