Sesi Pemilihan Peserta Program Latihan Selaman Skuba Komersial dan Kimpalan Bawah Air

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
1 Julai 2025  |  Bayan Lepas, Pulau Pinang

Pada 1 Julai 2025 (Selasa) yang lalu, PERDA-TECH dengan kerjasama Divestuff International Sdn. Bhd. telah berjaya melaksanakan Sesi Pemilihan Peserta Program Latihan Selaman Skuba Komersial dan Kimpalan Bawah Air bertempat di Relau Sports Complex, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Seramai 48 orang calon telah hadir untuk menjalani saringan fizikal yang merangkumi tiga ujian utama:
  • Ujian Apungan (Water Treading)
  • Ujian Renang
  • Ujian Selaman
Sesi ini merupakan komponen penting bagi menilai kesiapsiagaan fizikal, keyakinan dalam air, dan potensi peserta untuk mengikuti latihan intensif di PERDA-TECH.
 
Program ini merupakan inisiatif latihan berimpak tinggi dalam bidang penyelaman komersial dan kimpalan bawah air, membuka laluan kerjaya dalam sektor minyak & gas, kejuruteraan marin serta peluang penempatan kerja ke luar negara.

Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam sesi pemilihan ini.

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.