Sepanjang lawatan, para peserta berpeluang mengikuti persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung serta melawat ke Dewan Negara. Pengalaman berharga ini bukan sahaja membuka minda mereka terhadap fungsi dan proses legislatif negara, tetapi juga mengukuhkan kefahaman mengenai tanggungjawab serta saluran penyertaan belia dalam pentadbiran negara.
Para belia turut berkesempatan bergambar bersama YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Turut hadir ialah YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YBhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, YBrs. Tuan Meor Ismail bin Meor Akim, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA.
Kehadiran pemimpin negara ini memberi inspirasi besar kepada para peserta untuk terus aktif menyumbang kepada komuniti dan pembangunan negara.
GALERI GAMBAR