31 Januari 2025 | IKS Tasek PERDA, Seberang Perai Selatan
Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum hari ini telah mengadakan lawatan ke Kilang Jeruk Pak Ali yang terletak di IKS Tasek PERDA, Seberang Perai Selatan.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat lebih dekat perkembangan industri kecil dan sederhana (IKS) serta meneroka peluang kerjasama strategik antara PERDA dan syarikat tempatan.
Lawatan ini memberi fokus kepada beberapa aspek penting, antaranya memperkukuhkan hubungan antara penyewa dan pemilik premis, selain membincangkan bentuk sokongan yang boleh diberikan oleh PERDA dalam membantu pembangunan syarikat.
Selain itu, pertemuan ini turut meninjau potensi kolaborasi antara syarikat dan agensi kerajaan bagi memperkasakan sektor IKS, selaras dengan inisiatif pembangunan ekonomi yang mampan.
YBhg. Dato' Haji Mohd Asri turut menekankan kepentingan hubungan erat antara pihak industri dan kerajaan dalam memastikan pertumbuhan perniagaan yang lebih kukuh dan berdaya saing.
Lawatan ini diharapkan dapat membuka ruang lebih luas bagi sinergi yang berterusan antara PERDA dan usahawan tempatan dalam merancakkan lagi ekosistem perniagaan di Pulau Pinang.
Lawatan ini telah disambut oleh Pengarah Urusan Jeruk Madu Pak Ali, YBhg. Dato' Alias bin Ali, serta turut dihadiri oleh Pengurus Pembangunan Ekonomi PERDA, En. Mohd Hazahari bin Md Haris; Penolong Pengurus Kanan Bahagian Hartanah dan Teknikal PERDA, En. Mohd Feerus bin Ishak; Perancang Bandar PERDA, Puan Zainab binti Puteh; Penolong Pengurus (Kutipan Hasil), Puan Suriyanti binti Serat; dan Penolong Pengurus (Dasar), Puan Anizana binti Ahmad.
GALERI GAMBAR