Majlis Temu Mesra Perda Bersama Penyewa-Penyewa PERDA di Premis Bukit Minyak

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
17 Jun 2025  |  IKS Bukit Minyak

Majlis Temu Mesra PERDA bersama penyewa-penyewa PERDA di premis Bukit Minyak telah dilaksanakan pada 17 Jun 2025 bertempat di IKS Berkembar Bukit Minyak. Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 30 orang penyewa yang menyewa di premis Bukit Minyak. Premis yang terlibat ialah IKS Teres Bukit Minyak, IKS Berkembar Bukit Minyak dan Medan Selera Bukit Minyak.

Majlis ini diadakan bagi melihat keterlibatan penyewa-penyewa yang menyewa di premis PERDA Bukit Minyak, mewujudkan persekitaran yang harmoni di kawasan operasi PERDA, menjalinkan hubungan baik antara PERDA dan penyewa dan menyalurkan maklumat berkaitan PERDA.

Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Anuar bin Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan Encik Mohd. Afhainizam bin Mahamad Yusop, Pengurus Hartanah dan Teknikal serta pegawai-pegawai PERDA.


AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.