10 Oktober 2025 | PERDA, Kampung Gajah
PERDA telah menerima lawatan dari Delegasi Guangdong Economic & Trade Office In Southeast Asia (Kuala Lumpur) yang diketuai oleh Mr Zhang Junhong dan Delegasi Zhuhai National High-Tech Industrial Development Zone, Guangdong, China yang diketuai oleh Mr Tian Li pada 10 Oktober 2025 bertempat di Ibu Pejabat PERDA, Butterworth.
Lawatan Delegasi dari Guangdong, China ini disambut oleh Pengurus Besar PERDA, YBhg. Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum bersama-sama wakil daripada Penang Halal International (PHI), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Wilayah Utara dan Pihak Berkuasa Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).
Lawatan ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada peserta delegasi berkaitan peranan yang dimainkan oleh agensi kerajaan, bertukar pandangan serta jalinan kerjasama yang boleh dilaksanakan pada masa hadapan dalam memacu pembangunan ekonomi antara kedua-dua negara.
GALERI GAMBAR