Bengkel Pemantapan Usahawan Program Rural Apprentice Entrepreneurship PERDA (PREP) Siri 3

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

1 - 2 November 2025   |   Bin Daud Boutique Chalet, Baling

Bengkel Pemantapan Usahawan Program Rural Apprentice Entrepreneurship PERDA (PREP) Siri 3 dan Majlis Penutup PREP Tahun 2025 telah diadakan pada 1 hingga 2 November 2025 bertempat di Bin Daud Boutique Chalet, Kampung Tiak, Baling, Kedah.

Bengkel ini merupakan siri terakhir bagi Program PREP Tahun 2025 dan diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA, YBrs. Puan Noor Hayati binti Ishak dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) PERDA, YBrs. Tuan Haji Anuar bin Haji Shahab. YBrs. Puan Noor Hayati juga turut menyempurnakan perasmian Majlis Penutup PREP Bagi Tahun 2025.

PREP merupakan satu inisiatif yang dirancang untuk memberi peluang kepada masyarakat Pulau Pinang bagi menjana pendapatan tambahan khususnya usahawan baharu yang mempunyai kecenderungan, minat dan kesungguhan untuk menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan tambahan.

Bengkel Pemantapan Usahawan PREP Siri 3 dan Majlis Penutup Bagi Tahun 2025 ini melibatkan para mentee daripada tujuh (7) bidang keusahawanan iaitu Pengurusan Acara & Majlis, Penjagaan Tanaman Hiasan, Penjagaan Haiwan, Rekabentuk & Hiasan Dalaman, Perbidanan, Terapi Urutan & Fisio Sukan serta Rekaan Fesyen.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.