14 Oktober 2025 | Ibu Pejabat PERDA, Butterworth
Sebagai persiapan akhir menjelang penganjuran EXPO PERDA (EXPERT) 2025, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah mengadakan Sesi Taklimat Petugas dan Penyerahan Kit Urusetia kepada semua anggota kerja yang terlibat dalam penganjuran tersebut pada hari ini.
Program taklimat yang diadakan di Pejabat PERDA itu bertujuan memberikan penerangan menyeluruh kepada petugas mengenai peranan, tanggungjawab, dan penyelarasan tugasan sepanjang tempoh penganjuran EXPERT 2025 yang akan berlangsung pada 16 hingga 19 Oktober 2025 bertempat di Midtown PERDA, Kubang Menerong, Tasek Gelugor.
Selain sesi penerangan, program turut disertai dengan penyerahan Kad Petugas, Pakaian Rasmi dan Kit Urusetia EXPERT 2025 kepada semua anggota kerja yang bertugas. Penyerahan ini adalah simbolik kepada komitmen dan kesiapsiagaan warga PERDA dalam menjayakan penganjuran EXPERT 2025.
Dengan pelaksanaan taklimat pada hari ini, seluruh warga kerja PERDA kini berada pada tahap persediaan penuh bagi memastikan EXPERT 2025 dapat dilaksanakan dengan lancar, berimpak dan memberi manfaat besar kepada komuniti usahawan di negeri Pulau Pinang.
GALERI GAMBAR

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas













