Sorotan Hari Pertama EXPO PERDA (EXPERT) 2025

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
16 Oktober 2025   |   Midtown PERDA, Kubang Menerong

Midtown PERDA, Kubang Menerong menjadi tumpuan pada hari pertama EXPO PERDA (EXPERT) 2025, apabila pelbagai aktiviti keusahawanan, pameran inovasi dan sesi perkongsian ilmu berlangsung dengan penuh meriah.

Expo yang berlangsung dari 16 hingga 19 Oktober 2025 ini menghimpunkan pelbagai usahawan luar bandar, institusi latihan, agensi kerajaan dan rakan industri di bawah satu bumbung. Program ini menjadi platform utama bagi mengetengahkan potensi keusahawanan luar bandar melalui pendedahan kepada teknologi baharu dan peluang perniagaan yang lebih luas.

EXPO PERDA (EXPERT) 2025 merupakan inisiatif Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dalam memperkukuh ekosistem usahawan luar bandar seiring dengan agenda pendigitalan dan pembangunan sosioekonomi negeri.

Masuk adalah percuma dan orang ramai dijemput hadir bagi menikmati pelbagai aktiviti menarik sepanjang empat hari penganjuran.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.