Bengkel Forensik Perniagaan anjuran Bahagian Pembangunan Ekonomi PERDA telah diadakan pada 28 hingga 30 Julai 2025 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh, Perak.
Latihan keusahawanan di bawah program Business Transformation Training (B2T) ini bertujuan untuk memberikan ruang dan peluang kepada peserta untuk mengenalpasti, memperbaiki teknik berniaga dan membuat perancangan rapi dalam perniagaan supaya perjalanan perniagaan mereka lebih teratur dan berstrategi. Sesi coaching secara individu dan berkumpulan juga dibuat bagi mengetahui lebih terperinci penyelesaian masalah serta peluang yang tepat menjurus kepada keperluan perniagaan masing-masing.
Program ini juga bertujuan menilai dan mengenalpasti sekurang-kurangnya 20 orang usahawan yang mempunyai disiplin yang tinggi, produk yang berdaya maju dan berpotensi untuk melangkah lebih jauh dalam perniagaan bagi menerima latihan dan bimbingan khusus melalui program Bismadani PERDA 2025. Majlis penutupan bengkel ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA.
GALERI GAMBAR