Majlis Pra-Pelancaran EXPO PERDA 2025 (EXPERT)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
17 Julai 2025  |  Butterworth

Majlis Pra-Pelancaran EXPO PERDA 2025 (EXPERT) telah berlangsung dengan jayanya bersama Mesyuarat Jawatankuasa Induk EXPERT 2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA.

Majlis ini turut disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Wira Ir Dr Shaik Hussein Mydin, Pengerusi PERDA, yang merasmikan pra pelancaran EXPERT 2025.

Bertemakan Transformasi Digital, Reformasi Keusahawanan, EXPERT 2025 bakal memperlihatkan pendekatan baharu yang lebih berdaya saing:
  • Jualan booth 100% secara dalam talian;
  • 250 pempamer disasarkan;
  • Harga booth bermula serendah RM 400 hingga RM 750;
  • Menampilkan pelbagai segmen: produk makanan, perkhidmatan, barangan segar, dan banyak lagi; dan
  • Transaksi sepenuhnya secara digital dan tanpa tunai (cashless)
Jualan booth akan bermula pada 21 Julai 2025, sila rujuk Facebook EXPO PERDA untuk pautan jualan. Nantikan pengumuman khas buat para usahawan yang menyertai EXPERT tahun ini. Jangan lepaskan peluang, bersiap sedia!

Klik untuk maklumat lanjut berkaitan EXPERT 2025

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.