Bengkel Pemantapan Sistem Pengurusan Sewaan PERDA (TMS) & Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Kredit Bil. 1/2025

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 
24 Januari 2025  |   Tamu Hotel & Suite, Kuala Lumpur
 
Kuala Lumpur, 24 Januari 2025 – Dalam usaha memperkukuhkan pengurusan dan kutipan hasil, satu bengkel pemantapan Sistem Pengurusan Sewaan PERDA (TMS) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Kredit Bil 1/2025 telah diadakan pada 22 hingga 24 Januari 2025 bertempat di Tamu Hotel & Suite, Kuala Lumpur.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi latihan menyeluruh kepada semua pegawai yang terlibat dalam penggunaan sistem TMS, memastikan setiap modul berfungsi dengan lancar dan membolehkan semua peserta mengendali sistem ini dengan lebih efektif. Selain itu, bengkel ini juga menetapkan sasaran kutipan hasil PERDA untuk tahun 2025, serta merangka strategi bagi mengurangkan tunggakan hasil yang ada.

Majlis penutupan bengkel disempurnakan oleh Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) PERDA. Sebanyak 30 peserta dari pelbagai bahagian terlibat, termasuk Bahagian Kewangan, Bahagian Hartanah & Teknikal, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Pembangunan Insan, Unit Undang-Undang, Unit Pelaburan dan Unit Audit Dalam.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini, dan berharap setiap peserta akan membawa pulang ilmu yang dapat memperbaiki pengurusan dan operasi PERDA pada masa hadapan.

Foto : Suriyanti Serat
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.