Taklimat Promosi “Jom Masuk PERDA-TECH” Tarik Minat Pelajar SPM 2025

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
1 Oktober 2025   |   PERDA-TECH

Taklimat Promosi “Jom Masuk PERDA-TECH” telah berjaya dijalankan dengan penyertaan seramai 310 orang pelajar SPM 2025 daripada SMK Labu Besar Kulim, SMK Bukit Mertajam, SMK Sri Muda, SMK Haji Ahmad Badawi dan SMK Teluk Bahang.

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah mengenai program akademik dan kemahiran yang ditawarkan oleh PERDA-TECH, di samping memberi peluang kepada mereka melawat bengkel serta kemudahan sekitar kampus.

Penganjuran program ini juga merupakan usaha berterusan PERDA-TECH dalam memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) serta menarik minat pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran berteknologi tinggi.

PERDA-TECH merakamkan ucapan penghargaan kepada Unit TVET JPN Pulau Pinang serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kulim atas kerjasama berterusan dalam memberi pendedahan kepada pelajar yang berminat menyambung pengajian dalam bidang TVET.
GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.