Program Jalinan Kasih Komuniti : Membangun Ummah Madani

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
27 Jun 2025  |  Sungai Chenaam, Nibong Tebal

Membangun Ummah Madani anjuran Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah diadakan bersempena sambutan Maal Hijrah 1447H pada 27 Jun 2025 (Jumaat) di Pusat Komuniti Desa (PKD) Sungai Chenaam, Nibong Tebal.

Program ini diadakan bertujuan mengukuhkan jalinan silaturrahim antara penduduk setempat serta memupuk nilai-nilai perpaduan, kebersamaan dan pembangunan sahsiah berteraskan semangat Malaysia MADANI. Pelbagai pengisian melibatkan aktiviti kemasyakaratan dan komuniti telah diadakan dalam memastikan kejayaan pelaksanaan program ini.

Program ini telah berupaya menarik penyertaan aktif daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk kanak-kanak, belia dan warga emas. Program ini juga dapat menjadi platform merakyatkan nilai hijrah dan membina komuniti yang lebih harmoni dan berdaya saing pada masa hadapan.

PERDA yakin bahawa pendekatan berasaskan komuniti seperti ini mampu menyumbang kepada usaha membentuk ummah yang progresif dan sejahtera selari dengan aspirasi pembangunan Ummah Madani di peringkat nasional.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Rashidi bin Zinol, Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar merangkap Timbalan Pengerusi PERDA dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Anuar bin Haji Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), PERDA dan Cik Massuria binti Mat Husin, Pengurus Pembangunan Insan, PERDA.

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.