19 Mac 2025 | Nibong Tebal
Program Iftar Perdana & Majlis Ihya' Ramadan Peringkat PERDA-TECH 2025 telah berlangsung pada 17 Mac 2025 bertempat di Dewan Utama PERDA-TECH. Program ini dianjurkan oleh Sekretariat Unit Bimbingan Dan Kaunseling PERDA-TECH dengan kerjasama YADIM Pulau Pinang.
Program ini merupakan satu wasilah bagi mengeratkan 420 orang pelajar dan kakitangan PERDA-TECH di samping mengimarahkan bulan Ramadan al-Mubarak.
Seketika menunggu waktu berbuka, majlis disajikan dengan ceramah Ramadan yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Muhammad Muaz Bin Abul Kasim Penolong Pengarah YADIM Pulau Pinang.
Majlis turut diserikan oleh kehadiran YBhg. Dato' Haji Mohd Asri Bin Baharum (Pengurus Besar PERDA), Tuan Haji Anuar Bin Shahab (Timbalan Pengurus Besar Pembangunan PERDA) dan Tuan Haji Zolkhifli Bin Mohamed (Pengarah PERDA-TECH).
GALERI GAMBAR