PERDA telah menerima kunjungan daripada delegasi Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Zon 1 Langkawi ke Kompleks PERDA Food Park pada 3 Julai 2025.
Delegasi rombongan seramai 46 orang ini adalah bertujuan memberi informasi, pendedahan dan melihat secara terus penyediaan produk keluaran usahawan bimbingan PERDA di IKS milik PERDA serta dapat membeli produk-produk usahawan ini dengan harga yang berpatutan.
Pihak PERDA amat mengalu-alukan lawatan dan rombongan daripada komuniti, syarikat serta agensi ke Kompleks PERDA Food Park, Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.