28 - 30 Oktober 2025 | Hotel Park Royal, Batu Feringgi
Dua usahawan di bawah bimbingan PERDA, iaitu PHR Manufacturing dan Bot Industries, telah menyertai Pameran Produk Usahawan bersempena Mesyuarat Ke-21 Working Group on ASEAN Forum on Taxation (WG-AFT) dan Mesyuarat Ke-18 Sub-Forum on Excise Taxation (SF-ET) yang berlangsung di Hotel Park Royal, Batu Feringgi.
Pameran ini menghimpunkan pelbagai usahawan tempatan bagi memperkenalkan produk masing-masing kepada barisan tetamu antarabangsa yang hadir sempena mesyuarat tersebut. Antara produk yang dipamerkan termasuk makanan dan minuman tempatan berasaskan inovasi usahawan PERDA yang menonjolkan keunikan citarasa tempatan.
Beberapa produk usahawan PERDA turut menarik minat para tetamu luar negara, sekali gus membuka peluang untuk meneroka pasaran dan cabang perniagaan baharu di peringkat antarabangsa.
Selain usahawan PERDA, pameran ini turut disertai oleh usahawan di bawah KEDA dan FAMA, menjadikan platform ini medan strategik dalam memperkukuh jaringan keusahawanan tempatan di arena serantau.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas





