Seminar Kuasai AI di Hujung Jari: Transformasi Dunia Guaman Dengan ChatGPT

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
30 Jun 2025  |  Bertam Resort, Pulau Pinang

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah berjaya menganjurkan seminar yang mengetengahkan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) khususnya ChatGPT dalam bidang perundangan, dengan penyertaan seramai 74 peserta daripada agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, pemaju dan firma guaman.

Seminar ini bertujuan untuk memantapkan penggunaan ChatGPT bagi tujuan draf perjanjian dan kontrak serta mempercepat analisis kes dan penyelidikan undang-undang.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk menjana laporan perundangan, minit mesyuarat & penghujahan mahkamah dan menyemak kontrak serta menganalisis risiko secara pintar seterusnya memastikan pemakaian AI selaras dengan perundangan Malaysia.
PERDA komited dalam menyokong transformasi digital sektor profesional melalui pendekatan berasaskan teknologi dan inovasi.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua peserta atas komitmen dan sokongan menjayakan seminar ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan secara meluas demi kemajuan bidang perundangan negara.

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.