Bengkel Pemurnian Garis Panduan Skim Perumahan Rakyat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (SPR PERDA)

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
11 - 13 Jun 2025  |   Copthorne Hotel, Cameron Highlands

Bengkel Pemurnian Garis Panduan Skim Perumahan Rakyat PERDA telah dilaksanakan pada 11 hingga 13 Jun 2025, bertempat di Copthorne Hotel, Cameron Highlands.

Bengkel ini telah di adakan bagi menyemak dan menambahbaik garis panduan sedia ada agar lebih lengkap sebagai sumber rujukan utama kepada kakitangan yang terlibat di dalam proses penawaran unit-unit rumah di bawah skim ini.

Fokus utama di berikan untuk memurnikan semula kandungan dan proses kerja berkaitan penawaran, pengubahsuaian dan penamatan unit-unit rumah di bawah Skim Perumahan Rakyat PERDA.

Perbincangan bagi memurnikan garis panduan ini telah mulakan serta dipimpin oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) PERDA Tuan Haji Anuar Shahab. Bengkel ini telah di sertai oleh 14 orang kakitangan PERDA dari pelbagai bahagian yang terlibat.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua kesemua yang telah hadir bagi menjayakan bengkel ini.


AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.