Majlis Ihya' Ramadan PERDA 2025 - Seberang Perai Selatan

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
8 Mac 2025   |   Sungai Chenaam, SPS, Pulau Pinang

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah mengadakan Majlis Sentuhan Kasih Ramadan PERDA 2025 yang bertempat di Masjid Nurul Huda, Sungai Chenaam, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Majlis ini dilaksanakan di bawah Program Pembangunan Komuniti Harmoni yang bertujuan mengeratkan hubungan komuniti setempat dalam pada masa sama juga PERDA menyampaikan sumbangan kepada kumpulan sasar seramai 100 orang.

PERDA berbesar hati telah menyampaikan sumbangan kepada Masjid Nurul Huda sebanyak RM 2,000.00.

Program bermula dengan rewang memasak juadah berbuka pada sebelah pagi seterusnya pada sebelah petang majlis penyerahan sumbangan kepada penerima yang disempurnakan oleh Dato' Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA.

Turut hadir bersama, Tuan Haji Anuar Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan YB Dato' Haji Rashidi Zinol, Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar merangkap Timbalan Pengerusi PERDA.

Pihak PERDA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa Khariah Masjid Nurul Huda yang sudi menerima kunjungan dan menjayakan majlis kali ini.

Kredit Foto : Adieb

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.