Perhimpunan Bulanan Bulan November 2025

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

10 November 2025   |   Ibu Pejabat PERDA

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) hari ini telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan November 2025, yang turut diserikan dengan ucapan bersempena Bulan Integriti PERDA, bertempat di Dewan Mutiara Wawasan, Ibu Pejabat PERDA.

Majlis penuh bermakna ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Asri bin Baharum, Pengurus Besar PERDA, yang turut menyampaikan amanat penghargaan kepada seluruh warga kerja PERDA atas usaha gigih, dedikasi, dan komitmen tinggi dalam merealisasikan visi serta misi organisasi. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Tuan Haji Anuar bin Shahab, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), dan YBrs. Puan Noor Hayati binti Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan).

Dalam ucapannya, Dato’ Pengurus Besar menzahirkan rasa bangga dan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian cemerlang PERDA serta kejayaan individu warga kerja dalam melaksanakan tugasan dan meningkatkan pembangunan kendiri. Beliau turut menyeru agar seluruh kakitangan terus memperkukuh nilai-nilai murni serta menghayati budaya integriti dalam setiap aspek kerja seharian.

Sebagai mengisi pengisian Bulan Integriti PERDA, majlis turut dimeriahkan dengan bicara ilmu anjuran Unit Integriti bertajuk “Islam dan Integriti” yang disampaikan oleh Ustaz Azlan Shah Nabees Khan. Perhimpunan ini bukan sahaja menjadi platform untuk memperkukuh semangat kebersamaan dan kekitaan dalam kalangan warga kerja PERDA, malah menyerlahkan komitmen berterusan organisasi dalam membudayakan integriti, akauntabiliti dan profesionalisme di setiap peringkat.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.