Memperkasa Keusahawanan Luar Bandar Melalui Promosi Bergerak

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

12 Disember 2025   |  Butterworth

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Trak Perkhidmatan Desamall@PERDA, selaras dengan aspirasi Teras 2 Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB), iaitu Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi.

Trak Perkhidmatan Desamall@PERDA merupakan inisiatif strategik yang berfungsi sebagai pentas perniagaan bergerak dan kedai bergerak bagi produk usahawan desa.

Objektif utama inisiatif ini adalah untuk meningkatkan keterlihatan jenama produk desa dan memperluas capaian pasaran usahawan tempatan ke peringkat yang lebih luas.

Dalam pada itu, trak ini juga akan memudahkan penyertaan produk desa dalam ekspo, karnival, dan aktiviti berskala besar anjuran kementerian serta kerajaan negeri.

PERDA komited memastikan Trak Perkhidmatan Desamall ini menjadi pemacu penting kepada kemajuan ekonomi desa dan kesejahteraan masyarakat luar bandar.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.