30 Oktober 2025 | Ibu Pejabat PERDA
Mesyuarat Jawatankuasa Pemantau Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA) Bilangan 2 Tahun 2025 telah diadakan di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) pada 30 Oktober dan dipengerusikan oleh Puan Sabariah binti Yusof, SUB(A) KKDW.
Tujuan utama mesyuarat adalah untuk menilai dan memantau status pematuhan sistem perakaunan di bawah agensi-agensi KKDW kepada standard SAGA yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
Pematuhan SAGA adalah kritikal bagi memastikan penyediaan penyata kewangan yang cepat, tepat, berintegriti, dan selaras dengan piawaian perakaunan akruan bagi agensi-agensi Kerajaan.
Antara perkara yang diberi penekanan termasuklah:-
- Membincangkan kemajuan dan cabaran agensi KKDW dalam mendapatkan Sijil Pematuhan SAGA;
- Menyusun strategi bagi mempercepatkan implementasi dan penambahbaikan sistem perakaunan dan kewangan; dan
- Memastikan tadbir urus kewangan yang cekap dan telus di peringkat agensi desa dan wilayah.

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas















