Sesi Pentauliahan Program Diploma Pengurusan Teknologi Kimpalan di PERDA-TECH

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 
29 Ogos 2025   |    Bukit Panchor, Nibong Tebal

Pada 29 Ogos 2025, satu sesi pentauliahan bagi Program Diploma Pengurusan Teknologi Kimpalan telah dijalankan di Jabatan Teknologi Kimpalan, PERDA-TECH. Sesi ini dilaksanakan di bawah seliaan panel penilai dan pegawai dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), sebagai sebahagian daripada keperluan di bawah Council of Occupational Programmes and Training Providers Accreditation (COPTPTA).

Proses pentauliahan ini melibatkan audit menyeluruh yang merangkumi:
  • Pemeriksaan kemudahan bengkel dan infrastruktur sokongan;

  • Penilaian terhadap mesin dan peralatan latihan;

  • Semakan sistem dan dokumentasi akademik; serta

  • Tinjauan terhadap aspek pengurusan keseluruhan program.

Tujuan audit ini adalah untuk memastikan program yang ditawarkan memenuhi standard yang telah ditetapkan oleh JPK serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang berkualiti dan selamat kepada pelajar.

GALERI GAMBAR

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2025 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.