Satu sesi perbincangan dan benchmarking telah diadakan pada 30 Julai 2025 bagi membincangkan inisiatif penawaran Sijil Profesional dalam bidang Keselamatan Siber di bawah EC-Council. Sesi ini melibatkan penyertaan daripada wakil industri serta tenaga pengajar dalam bidang teknologi maklumat dan keselamatan siber.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha Pengurusan PERDA-TECH untuk memperkenalkan pensijilan profesional yang relevan dan diiktiraf industri kepada pelajar Diploma Teknologi Komputer, khususnya dalam bidang Cybersecurity, sejajar dengan keperluan semasa pasaran kerja.
Pensijilan profesional ini dijangka akan mula ditawarkan kepada pelajar dan pihak industri seawal tahun 2026, dan bertujuan untuk:

-
Meningkatkan kebolehpasaran graduan Diploma Teknologi Komputer;
-
Menyediakan laluan kerjaya profesional dalam bidang keselamatan siber;
-
Membina jaringan kolaborasi antara institusi pendidikan dan pemain industri;
-
Menjamin kualiti dan standard latihan mengikut piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan oleh EC-Council.
Sesi ini merupakan langkah awal dalam merealisasikan hasrat untuk memperkasa modal insan tempatan dalam bidang strategik keselamatan siber, selaras dengan perkembangan pesat teknologi digital masa kini.
GALERI GAMBAR

Soalan Lazim
Aduan & Maklumbalas