PERDA-TECH Rai 415 Graduan

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

29 November 2025   |  Dewan Utama PERDA-TECH, Nibong Tebal

 
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) menerusi Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) berbesar hati menganjurkan Majlis Konvokesyen PERDA-TECH Ke-14 di Dewan Utama PERDA-TECH, Nibong Tebal.

Majlis penuh kemeriahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Roslan bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Seramai 415 orang graduan daripada pelbagai program Diploma dan Sijil diraikan atas kejayaan mereka menamatkan pengajian.

Kejayaan PERDA-TECH sebagai pengeluar tenaga kerja TVET berkualiti disokong oleh pencapaian luar biasa di mana 82% graduan tahun 2024 telah berjaya mendapat pekerjaan dalam bidang kemahiran masing-masing.

Dengan penawaran 7 Program Sijil, 7 Program Diploma, dan 5 Program Khas, dan pengiktirafan ISO 9001:2015, PERDA-TECH kekal komited untuk memperkasakan belia dan wilayah dengan kemahiran yang relevan dan bernilai tinggi.

TAHNIAH GRADUAN PERDA-TECH!

 

AKTIVITI 2025

Penafian : PERDA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan laman web ini.

Hak Cipta Terpelihara © PERDA 2026 / Paparan terbaik menggunakan pelayar internet Mozilla Firefox, Chrome dan Internet Explorer 11 ke atas.